Dalam mengharungi era globalisasi, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu kita tempuhi untuk bersaing bersama insan lain untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Cita-cita yang diimpikan sejak di bangku sekolah atau di menara gading. Cita-cita seseorang mungkin berubah dengan faktor sekeliling. Ada yang mungkin semasa tadika bercita-cita ingin menjadi polis kerana pengaruh filem Gerak Khas. Setelah di menara gading bertukar pula cita-cita ingin menjadi usahawan kerana keputusan UPU menjayakan beliau melanjutkan pelajaran dalam course Business Management mungkin.
Generasi yang lahir pada zaman facebook mungkin tidak mengalami anjakan paradigma yang mengubah era lastik burung menjadi angry bird, era berbalas-balas surat cinta menjadi wechat dan whatsapp, era luahan isi hati dalam diari menjadi "what's happening?" di facebook dan berbagai-bagai lagi.
Generasi-generasi bertuah ini sudah dijinak-jinakkan bersama ipad mahupun tablet sejak usia botol susu lagi. Bukan salah ibu mengandung mereka jadi begini. Bukan salah putaran bumi juga mengapa mereka tidak mandi sungai lagi seperti zaman kita sewaktu darjah 5 dahulu. Mungkin kerana sungai-sungai tidak lagi selamat diterjun setelah kerja penanaman semula kelapa sawit dijalankan. Lagipun dah banyak swimming pool sekarang tak macam dulu.
Sebenarnya faktor ekonomi yang banyak mengubah situasi tersebut. Boleh difikir secara logik, dahulu kala dapat beli Tora, Jojo, Ding Dang pun dah seronok gile. Lepas tu, sape ada Digimon tu dah cukup gempak dah. Sekarang budak darjah 6 pon dah mampu beli topap. Faktor ekonomi siapa tu kalau bukan ibu bapa.
Panjang dah malas nak kata maka pendek pon berkata-kata. Jika kita mahu survive dalam arena ini, kita juga harus bergerak seiring supaya tidak ketinggalan. Sesungguhnya tidak rugi kita bergerak seiring dengan kemajuan teknologi malah lebih untung jika melangkah lebih maju ke hadapan.
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian... kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh" -
الْعَصْرِ